About

Showing posts with label Nasi lemak dan resepi. Show all posts
Showing posts with label Nasi lemak dan resepi. Show all posts

Friday, July 19, 2019

Nasi lemak dan resepi

"Ini bukan nasi lemak 50sen yer..ni nasi lemak RM1.20.made in bangsar,kuala lumpur"
https://www.instagram.com/p/B0HnsZhgwzW/?igshid=1rfq2fze8m343

Assalamualaikum w.b.t😊

Nasi lemak merupakan salah satu kegemaran atau makanan ikon bagi kita rakyat malaysia.bab kata,
https://en.m.wikipedia.org.."nasi lemak is a malay fragrant dish cooked in coconut milk and pandanleaf".its also served with anchovies,peanuts,boiledegg,cucumber and sambal.
Tetapi ada juga sesentengah si pembuat nasi lemak yang menggunakan "lamb curry" sebagai kuah untuk ditambahkan dengan sambal.

Kadang-kadang rasa nasi lemak ini berbeza antara tempat walaupun resepi yang dibuat adalah sama.
Pernah rasa?atau pernah dengar?🤔

"Air tangan atau cara yang masakan yang dibuat oleh si tukang pembuat tak sama,meskipun resepi adalah sama"kan?

Bagi mereka yang boleh memasak atau acah-acah rajin nak memasak😆 bolehlah ambil resepi ni untuk mencuba;

"Saya ni jenis takdela rajin sangat...hahaha😆"

Resepi mudah:

Bahan-bahan nasi : 

• Beras biasa (ikut kesukaan,nak buat berapa orang makan) 
• 4 cawan beras - basuh dan toskan 
 • 2 helai daun pandan
 • 4 cm halia - hiris nipis
 • 1/2 cawan santan (ikut kesukaan,samada nak nasi itu lebih berlemak atau tidak) 
• Garam . 

Cara-cara penyediaan : 

• Masukkan semua dalam periuk dan masak seperti nasi biasa.
 • Bila air mula kering, kacau perlahan.biarkan dalam mode “keep warm” lebih kurang 10minit.

Sambal ikan bilis 

Bahan-bahan;

 • Ikan bilis-basuh dan tuskan ia
 • 3 biji bawang besar (ikut kesukaan) 
• 3 ulas bawang putih • ½ mqngkuk cili kisar (pakai cili boh je.huhu) 
• Air asam jawa-1 sudu kecil pes
 • Garam 
• 3 sudu besar gula 

Cara-cara penyediaan; 

• Kisar dahulu bawang besar dan bawang putih sebelum dimasukkan kedalam minyak.panaskan minyak dan tuangkan bawang yang telah dikisar didalamnya. 
• Selepas dah naik bau,barulah masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing. 
• Selepas garing,masukkan air asam jawa dan ikan bilis dan biarkan sehingga masak dengan api perlahan 
• Akhir sekali,masukkan gula dan garam” secukup rasa sesedap selera😁” 

Dan langkah yang akhir sekali,jangan lupa lebihkan senyuman masak dengan kasih sayang.ok.barulah,nasi lemak itu berlemak krim menjadi kesukaan ramai😁☺☺

Selamat mencuba✌